My Mom's Best
Pregnancy, Parenting & Breastfeeding website with a heart
Home

Jul 01

Sebanyak 200 bungkusan berjaya dikumpulkan, iaitu hadiah pelbagai ukuran yang didermakan oleh ahli. Ia diberikan kepada 130 ibu di PPUM, manakala hadiah selebihnya diberikan kepada jururawat di Wad PICU sebagai tanda penghargaan dan peringatan di atas sumbangan mereka serta bersempena dengan Hari Jururawat Sedunia pada 12 Mei lalu.

Chan berkata pihaknya mengalu-alukan penyertaan ibu dari seluruh Malaysia dan juga Singapura termasuk ibu yang belum hamil kerana adalah penting untuk setiap wanita mengetahui kepentingan dan kebaikan susu ibu walaupun mereka belum mempunyai cahaya mata serta pihaknya bercadang mengambil kursus kaunseling penyusuan ibu yang sah supaya ahli kumpulan MyMomsBest mempunyai pengetahuan formal mengenai penyusuan ibu. Apabila disahkan mendapat latihan formal, mereka berharap dapat menyebarkan pengetahuan itu kepada ibu lain.

“Untuk tujuan ini, kami berharap akan mendapat sokongan dan kerjasama dari Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memberikan pengajaran khusus untuk kumpulan sokongan ini. Bagaimanapun, MyMomsBest belum dapat mewujudkan talian am untuk ibu yang berminat kerana ia memerlukan perancangan teliti. Tambahan pula, kami menjalankan kerja amal ini secara sukarela.

“Kadang kala ibu yang baru lepas bersalin memerlukan rakan atau saudara mara di sisi. Kami sedar mereka mungkin jauh dari keluarga atau tiada saudara mara, jadi MyMomsBest bertanggungjawab memberikan sokongan moral kepada mereka yang memerlukan. Malah ada doktor yang meminta pertolongan kami untuk membantu meyakinkan kaum ibu yang ada di hospital untuk mengendalikan cara memerah susu dan kebaikan menyusukan bayi mereka,” kata Chan.

Kepada ibu yang berminat mengetahui lebih lanjut mengenai kumpulan sokongan itu, layari www.mymomsbest.com dan untuk menjadi ahli, anda boleh mendaftar di www.mymomsbest.com/forum .

Tiada sebarang bayaran untuk menjadi ahli kumpulan sokongan MyMomsBest dan hingga kini mereka mengadakan tabung derma di kalangan ahli sekiranya akan menjalankan kerja amal sebanyak dua atau tiga kali setahun. Malah, ahli turut menyumbang masa mengendalikan forum di mana soal jawab berkenaan penyusuan ibu dan keibubapaan dijalankan di talian jaring. Belanja perkhidmatan laman web pula dibiayai sepenuhnya oleh Chan dan Phang.

©New Straits Times (M) Berhad